LIM GUAN ENG
LIM GUAN ENG

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, beliau berharap usaha berkenaan merupakan langkah permulaan bagi mengembalikan dana membabitkan syarikat itu kepada negara.

“Lagipun wang ini merupakan nilai kecil daripada jumlah keseluruhan melibatkan 1MDB. Kami justeru itu mengucapkan kepada Peguam Negara atas usaha yang membuahkan hasil ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mahkamah Singapura telah meluluskan perintah pelupusan terhadap wang yang diselewengkan daripada 1MDB dan SRC International Sdn. Bhd.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan dikeluarkan oleh peguam cara mewakili Kerajaan Malaysia dan 1MDB iatu Tan Rajah & Cheah hari ini yang memaklumkan wang dikembalikan berkenaan membabitkan pelbagai mata wang bernilai kira-kira S$15.3 juta (RM45.9 juta).

“Wang tersebut dipindahkan ke sebuah akaun perolehan khas 1MDB di Kuala Lumpur.

“Usaha untuk mengesan aset-aset lain yang diselewengkan (daripada syarikat itu) juga sedang dilaksanakan,” jelas kenyataan firma guaman itu. - UTUSAN ONLINE