Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau telah berbincang dengan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mengenai perkara itu.

“Saya sudah minta Datuk Seri Shahidan untuk menghantar orang (penguat kuasa) untuk memantau.

“Saya sudah bincang dengan beliau bagi mengatur kedudukan anggota-anggota MKN ke situ,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Wan Junaidi menambah, beliau juga telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar supaya sebarang aktiviti pembalakan dan pembangunan di kawasan terbabit dihentikan serta merta. - UTUSAN ONLINE