Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Misi Syria Kelapan Aman Palestin tiba di Beirut

ANGGOTA-ANGGOTA Misi Syria Kelapan Aman Palestin selamat tiba
ANGGOTA-ANGGOTA Misi Syria Kelapan Aman Palestin selamat tiba di Beirut, semalam.

BEIRUT, Lebanon 19 Mac – Pertubuhan bukan kerajaan, Aman Palestin Berhad meneruskan misi bantuan kepada pelarian Palestin melalui Misi Syria Kelapan, yang bermula hari ini.

Misi tersebut yang disertai enam anggota Aman Palestin dan empat wakil media termasuk dari Utusan Malaysia berlepas pada pukul 2.30 pagi waktu Malaysia dan selamat tiba di Beirut pada pukul 12.22 te­ngah hari waktu tempatan atau 6.22 petang waktu Malaysia.

Menurut Ketua Misi yang juga Pengarah Media Aman Palestin, Anas Abdul Wahab, misi bermula dengan menyampaikan bantuan kepada pelarian-pelarian Palestin di Beirut, esok.

“Kita menjangkakan anggota misi kemanusiaan ini dijangka akan memasuki wilayah bergolak Syria pada Selasa ini.

“Misi merancang untuk me­n­yampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin dan rakyat Syria yang terjejas akibat perang di Kem Yarmouk,” kata Anas kepada Mingguan Malaysia.

Misi berkenaan turut dijadualkan menyampaikan bantuan di Kem Jaramana dan Madaya, Kem Khan Danun serta kem-kem pelarian di sekitar Damsyik dan Daraya.

Anas berkata, misi tersebut yang kedua dijalankan tahun ini. Misi pertama berlangsung pada awal Januari lalu dengan sumba­ngan bantuan bernilai RM1.2 juta termasuk bantuan baju sejuk kepada pelarian.

Misi kali ini menyasarkan agihan bantuan kemanusiaan berjumlah RM400,000.

Misi Syria bermula pada tahu 2013 dan misi kelapan ini sepatutnya bertolak pada 15 Februari sehingga 26 Februari lalu tetapi ditunda atas sebab-sebab keselamatan.

Turut menyertai misi berkenaan adalah CEO AP, Awang Suffian Awang Piut, 44, dan Pakar Bedah dan Ortopedik, Dr. Zairul Nizam Zainol Fitri, 46. – MINGGUAN

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain