Namun disebaliknya tersimpan satu legasi peninggalan anak-Anak Malaysia yang bekerja sebagai pelaut dan telah lama menetap di bandar pelabuhan ini.


Kisah ini telah dinukilkan di dalam layar perak melalui filem PULANG yang diadaptasi daripada kisah pencarian seorang anak (Omar) yang mencari ayah kandungnya (Othman) seorang kelasi kapal di Liverpool era 60-an yang dipertemukan oleh Pak Cik Md Nor di Malaysian Clubhouse ini.


Terbayangkah kita , bahawa Anak-Anak Malaysia ini (para pelaut) mencari sesuatu yang berharga bila berada di rantau orang bagi mengubat kerinduan dan berjuang meneruskan hidup di sana.


Bukanlah kekayaan dan longgokan emas yang dicari tetapi sebuah tempat pertemuan ‘pot’ agar hal ehwal mereka lebih terjaga dan saling bantu-membantu sesama sendiri di perantuan.


Akhirnya pada 1979 sejumlah £1,700 hasil kutipan para kelasi kapal Anak malaysia telah merealisasikan pembelian sebuah hartanah di No 7, Jermyn Street, Liverpool.


Daripada situlah bermulanya sebuah legasi Malaysian Clubhouse di Liverpool sebagai tempat aktiviti komuniti Malaysia di Liverpool sama ada pekerja yang telah menetap di sana atau pelajar yang melanjutkan pelajaran di sini.

rumah liverpool
 


Namun sehingga 2004 wakaf generasi awal ini tidak dapat digunakan lagi kerana mengalami kerosakan struktur dan kesinambungan pengurusan.


Cukai tertunggak kepada majlis bandar raya mencecah £18,000, merumitkan lagi keadaan menjadikan ia terbiar dan sepi.


Awal tahun 2018 saki baki ‘pelaut awal’ berusaha membangunkan semula wakaf ini sebagai satu simbol perjuangan mereka. Motivasi mereka semakin meningkat bila Majlis Bandar Raya Liverpool membatalkan cukai tunggakan atas faktor kegiatan ini bersifat komuniti.


Kini dengan dibantu oleh para orang lama seperti Md Nor dan Jantan Lisot serta penubuhan secara sah Malaysian House Limitid yang juga dikendalikan oleh Malaysian Comunity of Liverpool.


Kini usaha mengutip dana sedang diusahakan bagi memperbaiki kerosakan rumah. Adakalanya kerja-kerja pembaikan dilakukan sendiri oleh mereka secara sukarela.


Jantan Lisot sendiri telah berusaha sebaiknya memantau usaha menghidupkan semula ‘wakaf’ dan legasi ini.

Beliau memaklumkan pihak pihak majlis bandar raya turut membantu usaha ini (bahagian bumbung dan hadapan), namun belum mencukupi untuk keseluruhannya.

Wakaf Rumah Malaysia menurut Md Nor dan Jantan akan memiliki surau dan beberapa bilik penginapan dalam rancangan pembaikan ini.

Ia mampu menjadi tempat persinggahan sementara kepada pelajar baru sebelum mendapat kediaman tetap atau tempat persinggahan ibubapa yang melawat anak yang belajar di sini.


Peminat bolasepak Liverpool FC juga boleh menggunakan kemudahan ini jika hadir ke sini selain tujuan utama menjadi pusat pertemuan dan aktiviti komuniti Malaysia disini.


Pak Cik Jantan sedang berada di Malaysia dalam rangka bercuti sambil mencari ruang untuk mengumpulkan dana bagai usaha pembaikan wakaf Rumah Malaysia ini. Dan beliau akan diwawancara di segmen Mornink Blues pada pukul 8.30 pagi esok.

mb
 


Sumbangan dana boleh disalurkan kepada :
MALAYSIAN HOUSE LTD
BARCLAYS BANK UK : 83767752
Sort Code : 205 108


Penulis sendiri pernah menjejakkan kaki di sini September 2018 bertemu dengan mereka dalam rangka Jelajah Belia Sayangi MalaysiaKu.


Artikel disediakan oleh 
Ahmad Saparudin Yusup
Mantan Setiausaha Agung MBM.