Menterinya, Khairy Jamalu­ddin berkata, untuk itu, seramai 40 orang sukarelawan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun diperlukan untuk menyempurnakan misi tersebut.

Ujarnya, peserta yang diperlukan terdiri daripada individu yang mempunyai kemahiran dalam perubatan, publisiti, komunikasi media, fotografi, pembinaan, pendidikan dan lain-lain.

“Mereka akan dihantar ke dua negara berkenaan bermula 24 Disember ini hingga 3 Mac tahun hadapan iaitu selepas sebulan mengikuti latihan dan kursus berkaitan.

“Kita pernah ke Lebanon dan membantu pelarian Syria di beberapa kem di sana. Sudan pula merupakan misi pertama dan kita akan membantu pelarian di negara yang terlibat peperangan itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis meraikan sukarelawan yang terlibat Program [email protected] Selatan Misi 4/2017 di sini hari ini.

Program MyCorps Misi 4/2017 diadakan di Bangladesh dan Sri Lanka pada 20 Ogos hingga 18 Oktober lalu.

Terdahulu pada majlis itu, Khairy turut menyampaikan sijil kepada 40 sukarelawan MyCorps misi keempat berkenaan. - UTUSAN ONLINE