Azhar Ariffin
Azhar Ariffin

Penganjur, Azhar Ariffin berkata, misi EJJG selama 21 hari itu akan bermula dari Tawau, Sabah pada 8 Ogos depan dan tamat di Langkawi, Kedah.

"PJJG tetap akan diteruskan dan kita sasarkan bermula selepas Hari Raya Haji. Namun untuk bulan kemerdekaan ini kita akan teruskan dengan misi EJJG terlebih dahulu.

"Bot Belacak yang kita bina di Sandakan untuk digunakan pada kedua-dua ekspedisi ini telahpun 70 peratus siap," kata Azhar ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

EJJG

Misi EJJG akan melalui 62 lokasi di seluruh negara. Menurut Azhar, empat anggota PJJG yang telah dikenal pasti akan mengambil bahagian dalam misi EJJG.

PJJG 2017 dijadualkan bermula awal bulan ini. Pelayaran yang bakal mencipta rekod baru pelayaran dunia dalam kategori motorized vessel itu disasarkan tamat sebelum tengah malam 31 hb Ogos 2017 sempena sambutan hari kemerdekaan negara.

"Namun atas sebab-sebab tertentu kita terpaksa menangguhkan PJJG dan mengantikannya dengan EJJG. Namun EJJG akan menjadi platform untuk menguji bot dan krew  PJJG yang telah kita kenal pasti seramai 10 orang," jelas Azhar.

PJJG

Bagi menjayakan misi tersebut, pihak penganjur turut memohon sumbangan dari rakyat Malaysia bagi menampung kos untuk membeli bahan api diesel sebanyak 164,000 liter.

"Pembelian minyak ini akan dibuat dalam Dolar AS kecuali 11,000 liter sahaja yang akan dibeli dalam Ringgit Malaysia.

"Sumbangan 1 liter diesel dari rakyat Malaysia yang budiman amat bermakna dalam misi kami mencipta rekod baharu pelayaran keliling dunia untuk Malaysia," kata Azhar.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun semasa Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Menara TM nombor : 1418 0010 0033 87 atas nama Tetuan Azhar bin Ariffin (001515433-P).

Entiti tersebut juga telah didaftarkan dengan Pendaftar Perniagaan (ROB) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).-UTUSAN ONLINE