Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Misi kekalkan kewibawaan akhbar paling berpengaruh

Utusan Business Awards 2015 bukti Utusan serius lebarkan perniagaan

Mohd. NOORDIN ABBAS yakin Kumpulan Utusan kini bangkit dan serius
MOHD. NOORDIN ABBAS yakin Kumpulan Utusan kini bangkit dan serius melebarkan perniagaan dalam segmen berprestasi tinggi . Utusan/Ghazali Basri

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Penganjuran Utusan Business Awards 2015 yang julung-julung kali diadakan sejak organisasi media paling berpengaruh di Malaysia itu wujud menandakan ‘gergasi’ yang wujud dalam Utusan Melayu kini sudah kembali bangkit.

Pada masa yang sama, penganjuran itu juga menandakan Utusan Melayu kini benar-benar serius mahu melebarkan perniagaan dalam segmen berprestasi tinggi selain mengekalkan kewibawaan selaku syarikat akhbar paling berpengaruh sebagai teras utama.

Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad, Datuk Mohd. Noordin Abbas berkata, Utusan Business Awards 2015 membuktikan bahawa syarikat akhbar itu mempunyai pengaruh besar bukan sahaja dalam aspek berita tetapi juga perniagaan.

“Saya hendak beritahu kepada seluruh pemain industri, syarikat korporat dan orang ramai bahawa ‘gergasi’ yang wujud dalam Utusan kini sudah bangkit, bukan nak kata dulu tidak elok tetapi mungkin kita terleka (dalam aspek perniagaan).

“Dulu kita terlalu menumpukan kepada hanya satu tanggungjawab (akhbar) sahaja, kita lupa kepada tanggungjawab yang lain tetapi sekarang kita buat secara jelas dan serius dengan sasaran yang cukup positif,” katanya di sini hari ini.

Utusan Business Awards 2015 menampilkan 37 kategori dengan 25 kategori bagi mengiktiraf kecemerlangan industri, sembilan bagi kecemerlangan kepemimpinan, tiga bagi kategori pencapaian sepanjang hayat dan satu kategori misteri.

Majlis penganjuran anugerah tersebut akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 1 Mac ini, dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaku Penaung Diraja Anugerah berkenaan mencemar duli ke majlis itu.

Anugerah berprestij itu disokong akhbar Utusan Malaysia bersama Yayasan Utusan dan Utusan Studios, manakala McMillan Woods Global dilantik sebagai firma audit antarabangsa dengan majlis akan diuruskan MyEvent International.

Menyentuh mengenai sambutan, Mohd. Noordin berkata, beliau cukup teruja dengan pencalonan yang dikemukakan oleh lebih 250 syarikat khususnya yang bertaraf konglomerat multinasional dan syarikat-syarikat bukan bumiputera.

“Apabila kita bagi pengiktirafan, semua syarikat menyedari bahawa sebenarnya banyak yang mereka boleh berkerjasama dengan Utusan, bukan hanya sekadar dalam soal iklan dan sambutan yang diterima cukup membanggakan saya.

“Utusan sebenarnya secara tidak langsung telah menunjukkan kepada mereka apa yang kita boleh buat kerana Utusan sememangnya sebuah agensi akhbar yang jenamanya cukup berpengaruh, dikenali serta dihormati,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain