Harga runcit diesel pula naik kepada RM2.05 seliter.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui infografik di laman Facebooknya menyatakan harga baharu mingguan itu berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam ini.

Sebelum ini, bagi tempoh 27 Julai hingga 2 Ogos, harga runcit mingguan bagi RON95 ialah RM2.03 seliter, RON97 (RM2.28) diikuti diesel pada harga RM1.99 seliter.