Menurut Pengurus projek larian, Muhammad Farhan Abdullah, program tersebut memasuki kali ketiga penganjurannya oleh LTH Group Asia.

Katanya, setakat ini sekitar 400 penyertaan diterima dan dijangka akan terus meningkat sebelum tarikh tutup pada Ahad ini.

"Sehubungan itu, mereka yang berminat masih boleh berdaftar bagi mendapatkan t-shirt, medal dan makanan terdiri sarapan serta makan tengah hari termasuk hidangan barbeku (BBQ) secara percuma.

"Larian ini juga sesuai bagi mereka berkeluarga yang mana terdapat pemeriksaan kesihatan percuma dan dapat berehat serta mandi-manda berdekatan air terjun," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Larian itu mempunyai tiga kategori iaitu lima, 10 dan 21 kilometer (km) dengan yuran penyertaan RM65 (lima dan 10km) dan RM75 (21km).

Tambah Muhammad Farhan, peserta juga akan mendapat nombor cabutan bertuah bagi memenangi hadiah misteri.

"Hadiah bagi kategori 10 dan 21 km (lelaki dan wanita) berupa wang tunai dan hamper juga disediakan," ujarnya.

Untuk keterangan lanjut, mereka boleh menghubungi Eydora di talian 014-5037902 atau Syasya 011-29036384 dan melayari laman sesawang https://millennialsrun.wixsite.com/lthgroupasia-1. - UTUSAN ONLINE