Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

MIDF beri RM1j untuk MAIPs bina bangunan hemodialisis

maip-midf
NAJIB ABDULLAH (dua dari kanan) menyampaikan replika cek sumbangan zakat bernilai RM1 juta kepada Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam Majlis Penyerahan Sumbangan CSR Zakat MIDF di Arau, Perlis hari ini. - UTUSAN/IQBAL ROSLI

ARAU 6 Sept. - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menerima zakat perniagaan RM1 juta daripada Kumpulan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) di Rumah Kanak-kanak Arau di sini hari ini. 


Penyerahan zakat perniagaan itu untuk pembinaan sebuah bangunan Wakaf MAIPs-Perkhidmatan Hemodialisis Hospital 
Tuanku Fauziah (HTF) Kangar yang bernilai hampir RM6 juta.


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs berkenan menerima sumbangan 
zakat itu daripada Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Datuk Mohd. Najib Abdullah.


Semasa bertitah, baginda melahirkan rasa gembira apabila MIDF bersetuju menyumbang untuk pembinaan bangunan ini 
sekaligus membuktikan MIDF prihatin terhadap golongan memerlukan rawatan hemodialisis terbaik khususnya kepada yang tidak berkemampuan.


Baginda bertitah, MAIPs juga telah bekerjasama dengan Persatuan Institusi-Institusi Perbankan Islam Malaysia (IBIM) 
yang disertai enam institusi kewangan Islam bagi kemudahan sumbangan wakaf oleh orang ramai.


Sehubungan itu, titah baginda, masyarakat disaran sama-sama membantu untuk memberikan sumbangan wakaf melalui pihak 
IBIM dan seterusnya kepada pihak MAIPs untuk pembinaan bangunan ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain