LIOW TIONG LAI

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keputusan itu juga bukannya atas dasar mengambil kira pihak Malaysia semata-mata tetapi turut melibatkan China dan Australia.

Malah, jelasnya, Malaysia tidak boleh gopoh dalam membuat sebarang keputusan terbabit kerana mengambil kira sensitiviti ahli keluarga mangsa.

“Kita masih dalam perbincangan dengan Ocean Infinity kerana kita kena muktamadkan perbincangan ini dahulu sebelum kita berbincang dengan China dan Australia. Apa sebenarnya yang mereka tawarkan kerana walaupun terma No Cure No Fee tetapi dalam situasi apa?

“Ini semua perlu kita bincang dahulu dalam satu perjanjian. Apabila kita muktamadkan, baharu kita boleh bincang di peringkat negara terlibat sama ada misi mencari diteruskan atau sebaliknya,” katanya selepas menghadiri pembukaan Sidang Kemuncak Ekonomi China Sedunia (WCES) 2017, di sini hari ini.

Tiong Lai memberitahu, pihaknya memberi mandat kepada Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman untuk memperhalusi perjanjian tersebut.