BBC melaporkan, undang-undang tersebut membolehkan mana-mana laman web disekat jika ia didapati mengancam keselamatan dan ekonomi negara.

Sesiapa yang didapati bersalah mewujudkan laman web sedemikian atau melawat mana-mana yang berkaitan turut bakal berdepan dengan hukuman penjara dan denda.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa peraturan baharu tersebut sebagai usaha Mesir untuk menangani ketidakstabilam dan kegiatan pengganas di negara ini. - AGENSI