Meriam tersebut akan dioperasikan oleh Tentera Darat Malaysia.

Penghantaran pertama sebanyak 6 unit akan dilaksanakan mulai November 2019, dan dijangka diterima sepenuhnya menjelang Februari 2020.

Perjanjian perolehan tersebut ditandatangi sewaktu Pameran Pertahanan dan Perkhidmatan Asia (DSA) 2018, di sini hari ini.

Meriam ini direka untuk kegunaan pasukan gerak cepat, dan mempunyai jarak tembakan sejauh 17km. Selain mampu ditunda kenderaan ringan, ia juga mampu diangkut menggunakan helikopter, dan digugurkan dari udara.

Meriam 105mm iniini dioperasikan oleh lima kru dan mampu menembak 12 peluru setiap minit. - UTUSAN ONLINE