Zafar Ahmad Abdul Ghani
ZAFAR AHMAD

Presidennya, Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, perkara itu antaranya, kerajaan AS harus menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar misi pengaman dengan segera ke Wilayah Arakan untuk memantau dan mendokumenkan pelanggaran hak asasi manusia terhadap etnik Rohingya.

Perkara kedua, kerajaan AS perlu menggesa Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) ke sempadan Bangladesh untuk mendokumenkan situasi etnik Rohingya yang terjejas dan menyalurkan bantuan kemanusiaan yang diperlukan termasuk makanan, air bersih, perubatan dan pakaian.

“Saranan ketiga iaitu AS juga harus mengenakan sekatan politik dan ekonomi terhadap negara Myanmar kerana telah melanggari hak asasi manusia terhadap etnik Rohingya dan yang keempat kerajaan itu harus mendakwa Presiden dan Jeneral Myanamar atas perbuatan jenayah pembunuhan etnik minoriti Rohingya.

“MERHROM berharap dua pemimpin yang dihormati itu (Najib dan Trump) akan menyuarakan bagi pihak kami dan bertindak segera bagi menghentikan pembunuhan etnik Rohingya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Zafar Ahmad berkata, MERHROM mewakili etnik Rohingya dari dalam dan luar Myanmar mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib dan kerajaan Malaysia atas perhatian serta komitmen serius yang ditunjukkan terhadap isu pembunuhan etnik Rohingya yang berlaku lebih 70 tahun. - UTUSAN ONLINE