Sewaktu bah kuning yang berlaku di Kuala Krai pada 2014, badan itu bertanggungjawab menghulurkan bantuan pasca banjir selama enam bulan di sana.

Pengarah Komunikasi dan Hubungan Strategik Mercy Malaysia, Chan Li Jin berkata, pihaknya telah membina beberapa rumah sementara di Kampung Tualang, Kuala Krai.

“Sehingga sekarang, masih ada lagi penduduk yang tinggal di sana sementara menunggu rumah mereka siap sepenuhnya, walaupun banjir besar itu sudah berlaku empat tahun lalu.

“Kita juga melak­sanakan projek be­kalan air dan sanitasi seperti membuat pa­ip air bersih untuk disalurkan ke rumah penduduk. Ini kerana, kebanyakan pendu­duk di sana merupakan warga emas yang terpaksa pergi ke sungai untuk mendapatkan bekalan air tersebut,” katanya.

Mercy Malaysia bekerjasama dengan Yayasan Hasanah (Hasa­nah) sejak sekian lama dan kini mempunyai kira-kira 7,000 sukarelawan berdaftar di seluruh negara.

“Kita (Mercy Malaysia) bukan sekadar memberi bantuan perubatan semata-mata. Apabila bencana berlaku, ramai yang ingin masuk memberi bantuan, namun, selepas musibah tidak ramai yang cakna.

“Jadi, bantuan pas­­ca bencana ini sangat penting dan masa ini kita masuk dan lihat keadaan se­perti memberi ban­tuan makanan dan sebagainya. Kadang-kadang, ban­jir ini berlaku bukan disebabkan limpahan air hujan mahupun su­ngai, namun disebabkan sampah sarap. Maka, kita memainkan peranan untuk mendidik masyarakat,” jelasnya.

Tambah Li Jin, penyediaan beg kecemasan sangat penting supaya dokumen-dokumen rasmi dapat diselamatkan semasa bencana berlaku.