NOR AZIZ MOHD. NOR
NOR AZIZ MOHD. NOR

Justeru, jangan hairan jika berada padang pasir Arafah, kakitangan tren haji Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) masih boleh menikmati hidangan nasi lemak, mi hoon goreng dan pelbagai lagi menu masakan Malaysia.

Terima kasih kepada 10 tukang masak Dapur Depoh MMMSL yang bertungkus lumus menyediakan masakan kepada lebih 600 petugas Prasarana bermula seawal 4 pagi sehingga lewat malam.

Ketua Seksyen Pentadbiran MMMSL, Nor Aziz Mohd Nor berkata, meskipun 10 tukang masak tersebut warga tempatan, mereka tidak ada masalah menyediakan masakan Malaysia.

"Di awal kedatangan kita pada 2015, kita membawa tukang masak dari Malaysia. Namun dari semasa ke semasa kita ajar pekerja tempatan sehjngga boleh menyediakan masakan Malaysia," katanya.

Nor Aziz menambah, bagi memastikan rasa masakan sama, pihaknya membawa rempah ratus dan bahan masakan dari Malaysia.

"Nampak biasa, namun soal makan ini jika kita tidak jaga boleh menjejaskan motivasi petugas," tambahnya.

Nor Aziz berkata, petugas MMMSL beruntung kerana ada ketikanya mereka dapat menikmati makanan yang disediakan oleh KetuaPegawai Eksekutif Prasarana Integrated Management & Engineering Services (PRIME), Masnizam Hisham.

"Selain memantau kualiti masakan, Masnizam gemar berkongsi resipi dengan tukang masak," katanya. - UTUSAN ONLINE