Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

MENJEJAK TIGA STADIUM BERPRESTIJ

Lapan pemenang peraduan Hey Bro! Mahu ke Manchester? ceria selepas 5
Lapan pemenang peraduan Hey Bro! Mahu ke Manchester? ceria selepas dibawa melawat salah sebuah stadium yang digunakan dalam perlawanan EPL di England baru-baru ini.

LIGA Perdana Inggeris (EPL) besar pengaruhnya kepada rakyat Malaysia. Hakikat, peminat tegar sanggup ‘melekat’ depan televisyen di rumah manakala ratusan lagi memenuhi kedai-kedai kopi tatkala berlangsung perlawanan antara pasukan digemari.

Dalam jutaan peminat EPL tempatan, lapan dianggap antara yang paling bertuah. Kesungguhan mereka menyertai peraduan Hey Bro! Mahu ke Manchester? anjuran Dashing di balas kemenangan dan sebagai hadiah mereka diterbangkan ke United Kingdom untuk menjejak tiga stadium berprestij dalam EPL.

Pengurus Pemasaran Dashing, Venkat Jangam ketika dihubungi S2 berkata, menerusi program itu pihaknya ingin memberi peluang kepada pemenang merasai sendiri pengalaman berada di stadium-stadium bersejarah itu.

“Dashing sedia maklum bahawa rakyat Malaysia sememangnya menyanjungi dan mencintai kelab-kelab terkemuka dalam EPL seperti Manchester City, Manchester United, Liverpool, Arsenal dan banyak lagi.

“Oleh itu, menerusi program ini, kami mahu beri peluang kepada pemenang untuk mengalami sendiri keseronokan mengunjungi stadium-stadium tersebut secara eksklusif,” katanya.

Kunjungan rombongan ini ke Manchester dan Liverpool berlangsung selama empat hari tiga malam. Hari pertama, peserta di bawa ke Old Trafford untuk melihat sendiri keadaan stadium yang dianggap sebagai ‘kediaman’ bagi pasukan The Red Devil.

Lawatan diiringi Pengurus, Bahagian Pembangunan Perniagaan Muzium Old Trafford, Jason Leach. Selain Leach, turut mengalu-alukan kehadiran peserta merupakan bekas pemain Manchester United, Ben Thornly.

Peserta juga dibawa mengunjungi beberapa bahagian menarik termasuk Muzium Old Trafford, lorong keluar masuk dan bilik persalinan pemain serta tempat duduk penonton.

Pada hari kedua, peserta rombongan meneruskan eksplorasi ke Stadium Anfield yang terletak di Liverpool. Seperti lawatan ke Old Trafford, peserta diberi peluang masuk ke bilik persalinan pemain serta kawasan dalam stadium yang mampu memuatkan 54,074 penonton, namun kali ini, peserta turut dihadiahkan rumput padang sebagai tanda ingatan.

Hari berikutnya, peserta rombongan dibawa mengunjungi Muzium National Football yang terletak di pusat bandar Manchester. Di muzium itu, peserta didedahkan sedikit sebanyak tentang sejarah bola sepak England dan budaya masyarakat di sana.

Kemudian, pada sebelah petang, mereka dibawa pula ke Stadium Etihad untuk program lawatan. Sebagai penutup, peserta dihadiahkan momen paling berharga apabila diberi peluang menonton perlawanan secara langsung antara Manchester City dan Liverpool di stadium tersebut.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain