Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mengajarlah sepenuh hati - Khuzaimah

Dari kiri Tokoh Kepimpinan Pendidikan Datuk Sufaat Tumin, Tokoh 2
Dari kiri Tokoh Kepimpinan Pendidikan Datuk Sufaat Tumin, Tokoh Guru Kebangsaan Khuzaimah Sulaiman dan Ikon Guru Inovtif Kebangsaan Zainuddin Zakaria pada majlis Pelancaraan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2017 di Educity Sports Complex, di sini hari ini. utusan/Raja Jaafar Ali

ISKANDAR PUTERI 16 Mei – Setiap guru perlu melaksanakan tugas secara ikhlas termasuk mengajar murid atau pelajar dengan sepenuh hati supaya bebanan yang digalas mudah dileraikan.

Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan 2017, Khuzaimah Sulaiman, 66, berkata, beliau mengamalkan prinsip tersebut sejak mula berkhidmat dalam bidang pendidikan 41 tahun lalu dan masih dikekalkan sehingga kini.

“Jangan simpan masalah dalam hati, sebaliknya cuba mencari punca dan leraikan masalah itu. Apabila ini berlaku, kita akan nampak apa kita hendak buat lagi, seterusnya mula menyusun strategi dan misi untuk dicapai.

“Pemakanan juga perlu dijaga dan Alhamdulillah, Allah SWT memberi saya kesihatan yang baik, maka saya boleh melakukan banyak perkara,” katanya kepada pemberita selepas menerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2017 yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Kompleks Sukan Educity, di sini hari ini.

Beliau membawa pulang hadiah bernilai RM55,000, iaitu wang tunai, sijil simpanan premium, rantai dan loket emas, plak, buku keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta sijil penghargaan.

Khuzaimah yang juga bekas Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan berkata, guru juga perlu sabar dalam mendidik pelajar kerana jika bertindak mengikut nafsu, maka hasilnya mereka akan dibenci.

‘‘Kalau kita bercakap dari hati akan sampai ke hati mereka, tetapi jika kita bercakap dengan nafsu, itu yang murid pun bernafsu marah kita balik.

“Kita dengan sesiapa pun pastikan mereka dapat rasa bahawa mereka penting di mata dan hidup kita, tidak kira sesiapa pun. Kalau mereka rasa penting, maka sa­yang itu akan lahir dan inilah cara saya untuk memastikan pelajar mendengar kata,” katanya.

Dalam masa sama, Khuzaimah yang telah bersara 10 tahun lalu turut berkongsi pandangan mengenai perkembangan teknologi dalam pendidikan negara perlu disambut baik oleh semua pihak.

“Teknologi tidak boleh ditunda, mesti jalan terus. Jadi, siapa yang ketinggalan kena ingat, tidak boleh ketinggalan,” katanya sambil mengakui turut mengikuti perkembangan teknologi terkini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain