Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Superintenden Dennis Bunyam berkata, pihaknya telah membuat lawatan ke lokasi mendapan selepas menerima laporan daripada orang awam pada pukul 1 petang ini.

Katanya, hasil tinjauan, didapati berlaku mendapan di Jalan Sangan seluas kira-kira 1.5 meter lebar dan 9.1 meter dalam.

“Insiden mendapan itu berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

“Buat masa ini, jalan tersebut tidak dapat dilalui oleh semua kenderaan, sekali gus menyebabkanpenduduk di sekitar kawasan Sangan termasuk Anap terputus hubungan darat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak Pejabat Daerah Tatau dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bintulu telah dimaklumkan tentang kejadian itu untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

ANGELINA SINYANG