Ketua Pegawai Eksekutif Menara KL Sdn. Bhd,, Datuk Rozlan Mohamed berkata, pelbagai hadiah menarik menanti pengunjung bertuah tersebut yang juga acara wajib bagi menghargai kunjungan pelawat setiap tahun.

Katanya, pelancong asing dari India merupakan penyumbang terbesar bilangan pelawat ke Menara KL dengan mencatat kira-kira 30 peratus diikuti pelawat dari China.

“Acara tahunan seperti KL Tower International Towerthon dan KL Tower International Base Jump turut menyumbang kepada tarikan kedatangan pelawat,” katanya ketika berucap dalam majlis Malam Media KL Tower di sini, hari ini.

Acara makan malam sempena menghargai petugas-petugas media bertemakan Malam Pesta Muda Mudi itu dihadiri kira-kira 200 petugas media dari pelbagai organisasi media cetak dan elektronik. - UTUSAN ONLINE