Terdahulu, pada 7 Jun lalu, Hakim Syarie, Nenney Shuhaidah Shamsudin memberikan hak jagaan sementara secara ex-parte kepada Salahudin dan Serina.

Antaranya lain, hak lawatan pada setiap hujung minggu sama ada Sabtu atau Ahad mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada Salahudin.

Kedua-dua mereka hadir di mahkamah pada hari ini.

Serina ialah anak selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Salahudin diwakili oleh peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Raihan Mustapha Kamal manakala Serina diwakili oleh peguam syarie, Syamimi Abdul Rahman.

Dengan perintah tersebut bermakna, isu hak penjagaan kanak-kanak tersebut diselesaikan.

Terdapat dua kes yang masih berjalan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling iaitu berkaitan nusyuz dan perceraian yang akan disebut pada 1 Ogos ini untuk diselesaikan secara baik. - UTUSAN ONLINE