Pengarah Urusan Serantau Shopee, Lan Ho berkata, pertandingan tersebut dilancarkan sebagai tanda penghormatan kepada pasukan dan bakat dalam arena bola sepak tempatan ini akan dianjurkan setiap hari Isnin dan Khamis sepanjang tempoh tersebut di laman Facebook rasmi Shopee.

"Bukan selalu kita dapat menyaksikan Piala Dunia serentak dengan Shopee Piala FA Malaysia.

"Sebab itu kami melancarkan Kempen Demam Bola ini untuk menyemarakkan minat mendalam terhadap bola sepak kepada pengguna kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai ganjaran kepada peminat tegar bola sepak, majlis tontonan tersebut akan diadakan di negeri pasukan yang dinobatkan sebagai pemenang ‘Pencarian Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia’ yang akan diumumkan pada 29 Jun 2018.

Peminat pasukan tersebut bakal pulang dengan membawa hadiah berupa baucar tunai bernilai sehingga RM500,000.

Shopee juga akan mengumumkan pemain terbaik (most valuable player) setiap Rabu bagi pengguna yang mengutip mata tertinggi setiap minggu.

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan kempen Demam Bola bersama Shopee, sila layari https://shopee.com.my/m/demam-bola.

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi Apple App Store atau Google Play Store. - UTUSAN ONLINE