Kebanyakan mereka yang ditemui Utusan Malaysia meluahkan perasaan kecewa ke­rana belum menerima bantuan musim tengkujuh termasuk imbuhan lain seperti yang di­uar-uarkan oleh kerajaan.

ADENAN NIPAH
ADENAN NIPAH 

Golongan berkenaan juga menyifatkan sekiranya bantuan diperoleh tidak menjamin keselesaan mereka untuk menguruskan perbelanjaan harian ekoran pendapatan hasil komoditi ma­­­­­sih di paras rendah dan berdepan pula dengan kenaikan harga barang.

Setiausaha Persatuan Pekebun Kecil negeri, Anuar Muhammad Mustaqim, 56, berkata, bantuan yang diterima golongan petani, nelayan, pe­neroka dan pengusaha kecil bukan jaminan mengubah kehidupan mereka.

"Mana-mana golongan berkenaan yang memperoleh bantuan masih terhimpit untuk menguruskan perbelanjaan harian khususya ketika pada awal musim persekolahan yang masih belum sempurna malah tidak mencukupi langsung,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, seorang penoreh getah di Felda Kota Ge­langgi di sini, Khairy Abdullah, 41, berkata, kesempitan hidup dialaminya semakin meme­ritkan sejak harga getah jatuh selain tidak menerima apa-apa bantuan ketika berdepan musim tengkujuh.

KHAIRY ABDULLAH
KHAIRY ABDULLAH 

"Sepatutnya kerajaan juga bertimbang rasa membantu penoreh seperti saya kerana tetap tergolong dalam kumpulan B40," katanya.

Nelayan Sungai Tembeling, Adenan Nipah, 66, pula berkata, walaupun menerima bantuan bulanan kerajaan tetapi masih tidak mengubah pendapatan harian kerana faktor cuaca, ke­kurangan hasil ikan air tawar dan kenaikan harga barang di samping peralatan enjin bot dan bahan api yang tinggi.

"Bantuan diterima hanya bersifat sementara. Walaupun kita bersyukur dengan nilai yang diterima, misalnya RM200, tetapi sekejap sahaja habis dibelanja untuk keperluan dapur dan keluarga," ujarnya.

Sementara itu, peneroka Felda Kota Gelanggi 4, Ab. Karim Ahamad, 68, berkata, kehidupannya cukup perit sejak enam bulan lalu berikutan kejatuhan harga kelapa sawit dan getah sehingga menjejaskan keperluan kebajikan keluarga.

"Saya tidak menerima apa-apa bantuan kerajaan. Saya juga menjual roti bakeri pada sebelah petang untuk menampung pendapatan," katanya.