Menjawab dakwaan tangisan beliau semasa membacakan warkah itu sebagai gimik, Salahuddin berkata setiap program mempunyai gimik tersendiri.

Menurutnya, sebagai seorang bekas petani dan merupakan orang kampung di Tanjung Piai, Pontian dekat sini, beliau tahu betapa susahnya hidup golo­ngan tersebut.

“Itu sedikit sebanyak mempe­ngaruhi jiwa saya dan kebetulan apabila Pakatan Harapan menang saya dilantik sebagai Menteri Pertanian. Ia memang gimik, gimik itu adalah idea kita bersama-sama.

“Tapi apabila ditayangkan, ia real. Bila real ia mempe­ngaruhi emosi saya, Wak Ibas, wajah dia, ketuaan dia, dia naik motosikal, habis minyak tengah jalan, tum­pang Hilux, sampai ke kementerian nak beri surat kepada saya.

“Itu adalah aspirasi,” katanya kepada pemberita dalam program SWM Kasih Misi Sampul [email protected] Malaysia di Taman Tasek di sini hari ini.

Salahuddin menegaskan, sebagai seorang lelaki, bukan mudah untuk beliau menangis, namun apabila diberi surat dan video ditayangkan, surat itu merupakan tulisan daripada kumpulan yang memang menanti untuk ditolong.