“Beliau (Melia Serena Mukhriz) bebas untuk memberi komen. Anda boleh bertanya kepadanya,” kata Dr. Mahathir kepada pemberita selepas beliau melancarkan Konvensyen Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Melia Serena yang merupakan anak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerusi catatan di Instagram Stories baru-baru ini, merujuk kepada peserta perhimpunan itu dengan keterangan; ” Menjijikkan....saya tidak peduli. Terlalu mengecewakan,”. – UTUSAN ONLINE