Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Melayu ketinggalan jika berpecah – Sultan Selangor

Sultan Sharafuddin Idris Shah melihat Buku Peraturan Masjid dan
SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH melihat Buku Peraturan Masjid dan Surau sambil diperhatikan oleh Mohamed Azmin Ali (tiga dari kanan), Jamil Khir Baharom (dua dari kanan), Noh Omar (kanan) dan Haris Kasim (kiri) selepas melancarkan buku tersebut di Shah Alam, Selangor, semalam. UTUSAN/Saharuddin Abdullah

SHAH ALAM 13 Mac – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak mahu orang Melayu berpecah-belah disebabkan po­litik kerana jika itu berlaku, bangsa tersebut akan ketinggalan berbanding kaum lain.

Baginda bertitah, dalam mencari dan membentuk kese­paduan dalam kalangan orang Melayu, masjid dan surau perlu berfungsi dengan sempurna, bukan sekadar tempat beribadat tetapi juga dijadikan platform menyatupadukan rakyat.

Titah Sultan Sharafuddin, dalam konteks itu, di Sela­ngor sahaja terdapat 414 masjid dan 2,059 surau berdaftar serta 42,200 pegawai dan ahli jawatankuasa yang boleh memainkan peranan penting dalam pe­nyatupaduan orang Melayu.

“Pegawai serta ahli jawatankuasa masjid dan surau mesti menjalankan tugas dengan amanah. Jangan berpuak-puak hingga masjid atau surau menjadi tempat menumbangkan antara satu sama lain,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian dalam program Multaqa Pegawai Masjid dan Surau, Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) dan Guru Takmir peringkat negeri di Stadium Malawati, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Menteri Besar Sela­ngor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa dan Pengarah Jabatan Aagama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim.

Dalam majlis itu, baginda turut berkenan menyampaikan watikah kepada pegawai dan ahli jawatankuasa surau bagi sesi 2017-2019 serta nazir, imam, guru KAFA dan guru takmir.

Baginda bertitah, guru-guru KAFA adalah golongan pendi­dik yang cukup penting dalam masyarakat dan disebabkan itu, mereka mesti menyampaikan ilmu dengan sebaik mungkin.

“Guru KAFA mestilah menekankan pembelajaran dan memahami serta mengikuti pega­ngan Ahli Sunnah Wal Jamaah secara berhemah dan tidak terpesong daripada akidah,” titah baginda.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain