Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, penyelarasan itu bagi membolehkan guru-guru terlibat yang kini tidak mempunyai sebarang skim gaji memiliki satu skim gaji minimum seperti mana dinikmati sektor lain.


Menurutnya, skim gaji tersebut perlu sebagai langkah menjadikan profesion pendidikan awal kanak-kanak sebagai satu pekerjaan tetap dan bukan hanya dilakukan secara sambilan.


“Saya telah mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Sosial Negara Jumaat lalu dan dalam mesyuarat itu beberapa cadangan telah dikemukakan bagi menyelaraskan pengendalian pendidikan awal persekolahan yang dikelolakan kementerian terlibat dan pihak swasta. 


“Selain melibatkan skim gaji guru-guru, jawatankuasa tersebut turut mencadangkan untuk menyelaraskan semua sukatan pelajaran sekolah berkenaan berdasarkan persetujuan bersama antara jabatan, kementerian, dan swasta agar dapat memberikan keberhasilan dalam membentuk sahsiah kepada pelajar dan murid sebelum memasuki sekolah,’’ katanya.


Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pecah tanah Politeknik Bagan Datuk di sini hari ini.


Yang turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh; Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU), Tan Sri Ahmad Zaki Ansore Mohd. Yusof dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan. - UTUSAN ONLINE.