Fadillah Yusof

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kajian tersebut sebagai pe­nambahbaikan terha­dap mekanisme sedia ada.­

“Kita sedang berunding dengan semua syarikat konsesi lebuh raya di negara ini untuk pelaksanaan meka­nisme baharu ini.

“Bagaimanapun, kita masih belum mendapat persetujuan muktamad an­tara kesemua syarikat konsesi,” katanya selepas Majlis Penyerahan Geran Tahunan Parlimen Petra Jaya di sini hari ini.

Beliau mengulas status kajian semula semua konsesi lebuh raya di negara ini.

Pada majlis tersebut, beliau telah men­yampaikan 45 cek bernilai RM359,500 kepada pelbagai pertubuhan, persatuan dan ke­satuan penduduk yang aktif menyatupadukan masyarakat.

Menurut Fadillah, se­belum ini kenaikan kadar tol adalah secara automatik tetapi setelah dirunding semula, maka tiada lagi kenaikan .

“Sebelum sesuatu kenaikan, syarikat konsesi perlu membentangkan laporan kewangan serta penilaian aliran trafik sama ada mempunyai justifikasi untuk dinaikkan atau sebaliknya.

“Sekiranya mereka sudah mencapai sasaran unjuran perjanjian dan ramalan trafik, maka tidak dibenarkan kenaikan. Ini salah satu perkara yang perlu dikaji semula,” ujarnya.

Fadillah memberitahu, pada masa ini hanya lima syarikat konsesi lebuh raya di negara ini yang memperoleh keuntungan dan selebihnya hanya cukup makan dan rugi, malah ada yang sudah bankrap.

Jelasnya, kerajaan telah mengambil alih satu atau dua syarikat konsesi yang bankrap dan sebuah lagi distruktur semula.