Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Megat Nordin lupa jumlah lagu, album

MEGAT NORDIN  cukup dikenali dalam industri dikir barat di Kelantan.
MEGAT NORDIN cukup dikenali dalam industri dikir barat di Kelantan.

KOTA BHARU 12 Julai – Sekitar pertengahan Jun 2007, Covent Garden, London yang sebelum ini diisi dengan persembahan opera dan balet bertukar wajah. Dataran seni itu riuh-rendah dengan alunan muzik dikir barat hasil rebana ibu, rebana anak, gong dan canang.

Suara gemersik, lemak merdu penyanyi kelahiran Kubang Kerian, Megat Nordin melantunkan lagu Dikir Bertingkah membuat ratusan pengunjung yang rata-ratanya Mat Saleh terpesona.

Melatari persembahan Megat Nordin pula ialah aksi lincah kumpulan awak-awak yang bertepuk, menghayun dan melambai tangan serentak mengikut reka tari serba unik. Persembahan itu memukau pengunjung selama lima hari berturut-turut.

Megat Nordin atau nama sebenarnya, Nordin Yusuf, 55, berkata, peluang mempersembahkan keistimewaan budaya masyarakat Melayu Kelantan kepada warga London sempena Minggu Malaysia 2007 merupakan pengalaman terindah dalam hidupnya.

“Menteri Kebudayaan, Kese­nian dan Warisan ketika itu, Tan Sri Dr. Rais Yatim insan yang memberi peluang kepada saya memikul amanah memperkenalkan khazanah seni negara kepada dunia.

“Saya juga berterima kasih kepada komposer, Pak Ngah Suhaimi yang mencipta Dikir Ber­tingkah. Melodi dan seni kata lagu itu cukup indah dinyanyikan,” katanya.

Aktif berdikir barat sejak 1980, Megat Nordin mengakui gagal mengingati bilangan album serta lagu yang dirakam kerana terlalu banyak.

Antara lagunya yang menjadi siulan ialah Ambo Ghaso Berkene, Tinggalah Kasih, Hidup Usia Remaja, Hajat Tak Sampai, Begapo dan Tunggu-tunggu Tok Kelik. Album-album Megat Nordin yang dihasilkan dalam bentuk kaset terjual sehingga ratusan ribu unit.

Pada 2014, Megat Nordin membuat lonjakan terhadap kerjaya seninya dengan menyertai Kilauan Emas 4.

Beliau berjaya mendapat tempat keempat dalam program pertandingan realiti itu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain