Menurut Pakar Produk Huawei Malaysia, Patrick Chew, model yang pertama kali diperkenalkan pada April lepas di Mobile World Congress 2018 tersebut didatangkan dalam dua versi iaitu Mediapad M5 dan M5 Pro.

Menurut beliau, penambaikan yang dilakukan pada perkakasan dalaman model M5 ini adalah untuk menarik perhatian peminat permainan video mudah alih tempatan manakal M5 Pro pula ditumpukan bagi golongan ptofesional.

Beliau berkata, kedua-dua versi Mediapad M5 dan M5 Pro tersebut akan ditawarkan masing-masing pada harga RM1,499 dan RM1,899.

“Kedua-dua versi ini dibina khusus untuk kelompok pengguna penggemar permainan video mudah alih dan profesional.

“Dengan sokongan cip pemproses Huawei Kirin 960 octacore, kedua-dua peranti ini dapat berfungsi dengan baik menepati keperluan kedua-dua kelompok sasar ini,” kata beliau pada majlis pelancaran yang diadakan di sini hari ini.

Tambah Patrick, perbezaan utama antara kedua-dua versi ini ialah untuk Mediapad M5, peranti ini didatangkan dengan dimensi 212.6 mm × 124.8 mm × 7.3 mm; skrin 8.4 inci; keupayaan sambungan kayu ria; paparan skrin 2,560 × 1,600 IPS dengan dengan resolusi paparan 359 piksel per inci.

Manakala bagi, M5 Pro, peranti itu didatangkan dengan dimensi 258.7 mm × 171.8 mm × 7.3 mm; skrin 10.8 inci; stylus M-Pen; keupayaan sambungan papan kekunci; paparan skrin 2,560 × 1,600 IPS dengan 280 piksel per inci dan bateri berkapasiti 7,600 mAh.

Kedua-dua Mediapad M5 dan M5 Pro akan mula dijual di pasaran bermula pada 25 Julai ini.

Perincian spesikasi kedua-dua peranti ini adalah seperti berikut

CPU: Huawei Kirin 960, octacore

SISTEM OPERASI: Android 8.0 + EMUI 8.0

MEMORI: 64GB ROM, 4GB RAM

PEMBESAR SUARA: (M5) pembesar suara berkembar talaan Huawei Histen stereo; (M5 Pro) empat pembesar suara talaan Huawei Histen stereo

SLOT SAMBUNGAN: Kad Micro SD sehingga 265GB

SAMBUNGAN WIRELESS: LTE dan WiFi

CAMERA: 8MP fokus tetap (hadapan) dan 13MP autofokus (belakang) - UTUSAN ONLINE