Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Media hari ini lebih bebas

ZAHID HAMIDI
ZAHID HAMIDI

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kebebasan media pada hari ini adalah lebih baik berbanding ketika di era pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Timbalan Perdana Menteri berkata, media pada hari ini tidak dikekang dan tidak ditentukan agendanya lebih awal berbanding pada zaman itu.

Katanya, perkara itu boleh dilihat hasil daripada dapatan kajian yang dibuat untuk ijazah kedoktoran beliau.

“Secara kebetulan, dalam kajian kedoktoran, saya buat kajian perbandingan antara Berita Harian dan Utusan Malaysia.

“Dalam lima kali pilihan raya umum di Malaysia di bawah seorang pemimpin yang paling lama memerintah negara, saya lihat fakta kajian saya sekiranya masih relevan telah memberi satu gambaran bahawa penentuan agenda dibuat tidak banyak bergantung kepada pemilik media tetapi ditentukan oleh seseorang itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Pameran BH Khas Hari Kebangsaan di KL Sentral di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari; Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Tan Sri Ismee Ismail; Pengerusi Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP),Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid.

Yang hadir sama Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak. - UTUSAN ONLINE.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain