Menurutnya, itu adalah laporan bohong dan memorandum yang diserahkan kepada Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai perlu ditarik semula.

“Kita harus tolak memorandum itu kerana ia memberi satu imej buruk negara.

“Mereka di sana tiada hak mencampuri urusan dalam negara kita,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Kuil Sri Maha Mariamman, di sini sebentar tadi.

Terdahulu, perbincangan dengan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia telah diadakan susulan memorandum yang diserahkan oleh Presiden Hindu People’s Party Arjun Sampth kepada Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai pada Rabu lepas.

Wisma Putra berkata memorandum daripada parti yang juga dikenali sebagai Hindu Makkal Katchi itu mengutuk insiden terbabit dan mendakwa kerajaan bersikap berat sebelah terhadap penganut Hindu di Malaysia selain menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil sebarang tindakan berhubung insiden tersebut. - UTUSAN ONLINE