Pengerusi MCCF, Halim Ishak berkata, pihaknya menerima laporan tentang kematian arwah, Warnadi, 35 yang berkerja di negara ini selama dua tahun dan berdaftar dengan yayasan tersebut pada jam 9 pagi oleh ahli keluarga arwah.

“Setelah menerima laporan, bahagian pengurusan jenazah MCCF bertindak segera dengan menguruskan dokumen yang berkaitan dengan pihak polis, hospital dan pihak Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI).

“Terima kasih atas kerjasama semua agensi yang terlibat dan pengurusan jenazah kerana di permudahkan walaupun ianya adalah hari cuti umum,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Halim yang juga merupakan Ahli Penasihat kepada badan Persatuan Pekerja Muslim Indonesia di Malaysia (PPMI) turut mengundang wakil Ketua Umum PPMI dan Pertubuhan Kebajikan Persaudaraan Nusantara (PKPN) untuk melihat pengurusan jenazah dan manafaat dari program kebajikan yang dianjurkan oleh MCCF.

Jelasnya, pihak PPMI dan PKPN amat berpuas hati dan berterima kasih dengan hal pengurusan dan penghantaran jenazah yang dilaksanakan oleh MCCF serta menyarankan agar masyarakat Warga Negara Indonesia(WNI) untuk menyertai program kebajikan MCCF untuk kebaikan diri sendiri. - UTUSAN ONLINE