Liow Tiong Lai

Beliau berkata, tindakan tidak berperikemanusiaan oleh golongan ektremis itu bukan sahaja menggadai kestabilan dan keharmonian global, malah turut memberikan kesan buruk kepada perkembangan ekonomi.

“Bagaimanapun, kita mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah pun berusaha gigih untuk memastikan keamanan negara selain mengelak daripada berlakunya sera­ngan IS.

“Kita berharap rakyat dapat hidup bersatu-padu serta mendoakan keamanan negara supaya tindakan pengganas ini dapat dihentikan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah untuk pembinaan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Poi Lam bernilai RM18 juta di Bandar Baru Sri Klebang di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Eh­wal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri.

Pada majlis tersebut, Tiong Lai turut menyumbang sebanyak RM1 juta bagi pembinaan sekolah tersebut yang masih kekurangan dana sebanyak RM5 juta.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines diminta supaya meningkatkan langkah keselamatan susulan serangan di Paris, Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan berkata: "Kita sentiasa berhati-hati dalam isu keselamatan negara.

“Kesemua pintu masuk negara terutamanya di lapangan terbang, tahap keselamatannya telah dipertingkat selepas beberapa peringatan berjaga-jaga diberikan sebelum ini,” katanya.