Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, mereka diraikan sendiri oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd. Saad.

“Majlis persaraan ini diadakan bertujuan meraikan para pesara serta menghargai jasa yang telah diberikan oleh mereka sepanjang tempoh perkhidmatan dengan MBSA,” katanya dalam Perhimpunan Bulanan MBSA di sini, hari ini.

Para pesara tersebut diberikan sijil pesara, hadiah persaraan iaitu wang tunai RM1,000.00, dan Sijl Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional bernilai RM500 setiap seorang.

Bagi kakitangan yang menerima Anugerah Pengkhidmat Setia, mereka yang berkhidmat selama 25 tahun menerima wang tunai RM4,000 manakala 30 tahun, RM1,000 selain Sijil Pengkhidmat Setia. - UTUSAN ONLINE