Ketua Bahagian Komunikasi dan Korporat MBSA, Shahrin Ahmad, sebaliknya berkata, struktur yang dirobohkan itu bukan bangunan masjid, sebaliknya gerai haram.

“Struktur tersebut di luar kawasan masjid dan merupakan gerai haram. Perobohan tersebut langsung tidak melibatkan struktur masjid,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu tular gambar struktur berbumbung zink di Masjid Ubudiah Seksyen 19 dirobohkan pihak berkuasa. – UTUSAN ONLINE