Pencapaian Akademi Latihan Penerbangan Malaysia (MATA) ini dimasukkan dalam Malaysia Book of Records (MBR) untuk mengatasi rekod terdahulu yang dibuat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu yang melepaskan 209 roket air pada 15 Mac 2014.

Ketua Pegawai Eksekutif MATA, Datuk Sulaiman Dahlan berkata, rekod tersebut merupakan inisiatif pelajar kursus Licensed Aircraft Maintenance Engineer yang berusia 16 dan 17 tahun bagi memenuhi syarat wajib kursus mereka.

"Mereka terbaca tentang rekod terdahulu dan bertanya bagaimana jika mereka boleh melakukan lebih baik daripada itu.

"Mereka telah melakukan tujuh kali percubaan sejak petang sehingga lewat malam semalam," katanya.

Kesemua roket air itu disusun mengikut bentuk pesawat jika dilihat dari pandangan udara dan menggunakan kompresor bagi melepaskannya ke udara. Sulaiman berkata projek itu menelan kos RM18,000. - BERNAMA