Datuk Bandar (MBMB), Datuk Azmi Hussain berkata, untuk memastikan kelancaran bagi memendekkan tempoh masa memproses itu, tanggungjawab dan komitmen daripada pelbagai pihak amatlah diperlukan.

“Kerjasama terutama peranan yang perlu dilaksanakan oleh pihak perunding selaku wakil bagi pemohon atau pemaju hartanah.

“Perunding perlulah menastikan segala urusan berkaitan ulasan daripada agensi teknikal dalaman dan luaran diperoleh melalui sesi pre-consult serta melengkapkan segala dokumen sebelum ianya dihantar kepada pihak urusetia OSC,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan proses penambahbaikan itu akan melalui tempoh percubaan pada 1 September depan sebelum dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari tahun depan. - UTUSAN ONLINE