Menteri Kesejahte­raan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, lonjakan prestasi daripada penarafan tiga bintang pada tahun 2010 (70 peratus) kepada lima bintang pada tahun 2016 (97.45 peratus) adalah hasil kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

“Pencapaian membanggakan MBI mengetepikan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Johor Bahru yang masing-masing berada di tangga kedua dan ketiga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyerahan watikah pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Sesi 2017-2019 dan Penganugerahan Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2016 bagi negeri Perak di Ipoh Convention Centre (ICC) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Rusnah Kassim serta Datuk Bandar, Datuk Zamri Man. - UTUSAN ONLINE