Senarai portfolio tersebut diumumkan oleh beliau dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pertama kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) di Wisma Negeri di sini hari ini.

Sidang akhbar itu turut dihadiri oleh kesemua 10 Exco tersebut.

Berikut adalah senarai portfolio Menteri Besar dan barisan Exco Negeri Sembilan:

* Aminuddin Harun (Menteri Besar)

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kewangan, Tanah dan Sumber Alam;

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam;

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keselamatan;

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur dan Kemudahan Awam

* Teo Kok Seong

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan Dan Kampung Baru

* Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindutrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan

* Mohamad Taufek Abd. Ghani

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan

* Ismail Ahmad

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar

* J. Arul Kumar

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam

* Bakri Sawir

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani

* S. Veerapan

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan

* Mohamad Nazaruddin Sabtu

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu

* Nicole Tan Lee Koon

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan

* Choo Ken Hwa

- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional. - UTUSAN ONLINE