Menurut sumber, Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat itu pulang ke negeri ini hari ini.

"Keadaan kesihatannya semakin baik dan positif. Beliau sempat menunaikan solat Jumaat bersama orang ramai," katanya, di sini hari ini.

Aminuddin menjalani pembedahan di Hospital Serdang, Selangor pada 29 Oktober lalu dan dibenarkan pulang pada Isnin lepas.

Bagaimanapun, beliau dimasukkan semula ke hospital itu Selasa lalu kerana dikesan mempunyai masalah kahak yang banyak. - UTUSAN ONLINE