MB nafi tawar pakej haji, umrah RM5,000
LOGO #teamTokMat yang disalahgunakan pihak tertentu bagi menawarkan pakej haji dan umrah. - UTUSAN ONLINE 

Menurut beliau, terdapat pihak tertentu yang berniat menipu dengan menganjur pakej ibadah tersebut menggunakan logo ‘#teamTokMat’.

“Saya nak menyatakan bahawa saya tidak ada kaitan langsung dengan skim tersebut.

“Saya tidak pernah memberi kebenaran kepada sesiapa pun untuk menggunakan logo dan perkataan ‘teamTokMat’ untuk sebarang tujuan memungut derma, menerima sumbangan dan sebarang bentuk skim yang ada unsur perniagaan dan bayaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad berkata, beliau tidak menolak kemungkinan kegiatan itu dilakukan untuk memburukkan gelombang ‘#teamTokMat’ yang mendapat sokongan rakyat negeri ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya berwaspada dengan kegiatan tersebut. - UTUSAN ONLINE