Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS berkata, ia selaras dengan hasrat kerajaan Persekutuan untuk membina sebuah negara yang maju menjelang 2020.

"Kita akan berusaha untuk meningkatkan kerjasama di antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan untuk sama-sama membantu rakyat Kelantan, kerana kita tidak mahu ada sebuah negeri yang belum maju apabila kerajaan Persekutuan mengisytiharkan negara maju menjelang 2020," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. - BERNAMA