Mohamed Khaled berkata, beliau akan memberi perhatian terhadap perkembangan terbaharu itu selepas Abd. Latif didakwa di mahkamah pagi ini.

"Memang itu satu perkembangan yang perlu saya beri perhatian, dalam sedikit masa lagi saya akan beritahu," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja di Parlimen Batu Pahat, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Ayub Jamil dan ADUN Senggarang, Aziz Ismail.

Abd. Latif dan seorang perunding hartanah, masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan rasuah melibatkan hartanah berjumlah RM30.3 juta di Mahkamah Sesyen. - UTUSAN ONLINE