Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Kewangan Komuniti (CFS) Kumpulan, Datuk Lim Hong Tat berkata, aplikasi berkenaan menggabungkan keseronokan sukan bola sepak, persaingan dengan pemain lain serta berpeluang memenangi hadiah menarik.

Menurut beliau, mod permainan Shot At The Title menawarkan ganjaran menonton perlawanan yang melibatkan pasukan Manchester United secara langsung di Old Trafford untuk dua orang termasuk tiket dan penginapan.

“Terdapat dua perlawanan yang akan berlangsung sempena pelancaran aplikasi ini iaitu pada 3 hingga 6 Mei dan pertandingan musim pertama bermula 3 Mei hingga 1 Julai depan,” katanya dalam majlis pelancaran Aplikasi Per-mainan Peminat Bola Sepak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua CFS Maybank Malaysia, Datuk Hamirullah Boorhan dan bekas pemain Manchester United, Mikael Silvestre. - UTUSAN ONLINE