Ketua polis lapangan terbang, Ahmed Yusef berkata, Hani, 37, dari Cianjur, Jawa Barat ditahan tidak lama selepas beliau tiba dari Bangkok di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta kira-kira pukul 1 pagi waktu tempatan.

“Dia kelihatan tidak sihat dan tidak akan disiasat sehingga dia pulih,” kata Ahmed.

Polis percaya Hani yang bekerja sebagai pembantu rumah di Abu Dhabi selama empat tahun bersalin secara rahsia semasa dalam penerbangan Etihad dari negara terbabit ke Jakarta, Sabtu lalu. - AFP