Pengerusinya, Kathryn Lee berkata, pihaknya menjangkakan kira-kira 10,000 pengunjung akan hadir pada pameran pelancongan menempatkan 150 ruang pameran yang akan mempromosikan pelbagai produk pelancongan tempatan dan luar negara.

Katanya, dijangka lebih 10,000 pengunjung akan hadir pada pameran pelancongan terbabit dengan pelbagai hadiah menarik ditawarkan menerusi aktiviti cabutan bertuah termasuk pakej penerbangan tajaan Malaysia Airlines (MAS).

“Istimewanya kali ini, kita mengadakan tiga cabutan bertuah sepanjang tiga hari pameran berlangsung yang mela­yakkan pengunjung memenangi tiket penerbangan pergi balik dari Johor Bahru ke Bangkok, Thailand; Koci, India dan Kuala Lumpur.

“Dengan pembelian pakej pelancongan bernilai RM500 ke atas membolehkan pengunjung memperoleh baucar pelanco­ngan bernilai RM88,888 dengan pengumuman pemenang akan dibuat pada 4 Ogos,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kathryn berkata, pengunjung dikenakan bayaran RM3 bagi dewasa dan percuma bagi kanak-kanak untuk memasuki ke ruang pameran yang dibuka sejak pukul 10.30 hingga 9.30 malam.

“Bagi pameran pelanco­ngan kali ini, ia turut mendapat penglibatan Tourism Johor, Tourism Perak dan Tourism Kuala Lumpur selain disertai 29 agensi pelancongan.

“Sebanyak tujuh taman tema, hotel dan resort mengambil bahagian dalam Johor MATTA Fair 2019 selain dua agensi pelancongan luar negara iaitu Tourism Taiwan dan Jepun terlibat sama dalam ekspo tiga hari ini,” katanya.