Pengerusi MATTA Perak, Chong Yu Ken berkata, sebanyak 104 ruang pameran yang mempromosikan pelbagai produk pelancongan dari dalam dan luar Perak akan menyertai pameran selama tiga hari itu.

Katanya, dijangka lebih 35,000 pengunjung akan hadir pada pameran pelancongan tersebut.

“Pameran kali ini berbeza berbanding sebelum ini yang mana pertama kali ia diadakan di Aeon Big Falim yang menawarkan tempat yang lebih luas dan selesa.

“Dengan ruang pameran yang luas ini, agensi pelancongan yang mengambil bahagian boleh mereka bentuk pavilion agar menarik perhatian pengunjung dalam memasarkan pakej pelancongan masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat MATTA Perak di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE