Beliau menggunakan Twitter dengan nama akaun @MSabu_Official, akaun Facebook pula 'Mohamad Sabu' dan akaun Instagram: msabu_official.

"Kami mendapati terdapat beberapa akaun yang hampir sama didaftarkan menggunakan nama Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad Sabu sehingga menimbulkan kekeliruan ramai.

"Pihak kami ingin menegaskan bahawa selain daripada akaun seperti dinyatakan di atas temasuk yang sedang tular ketika ini, adalah bukan akaun di bawah seliaan pihak kami," kata satu kenyataan di laman Facebook Mohamad Sabu, hari ini.

Kenyataan berkenaan turut dikongsi laman facebook Kementerian Pertahanan. - UTUSAN ONLINE