Bukan sahaja tidak membela Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika seluruh rakyat berdiri teguh di belakang pihak berkuasa dalam berdepan sikap biadab Korea Utara tersebut, sebaliknya Mohamad menjadikan beberapa kes sebelum ini sebagai contoh tentang mengapa kewibawaan polis dipertikaikan negara komunis itu.

“Ya Korea Utara komunis, saya tidak setuju, sikap diktator mereka kita tak setuju tetapi kerajaan dia (Korea Utara) kata kami tidak percaya kepada kewibawaan polis Malaysia (siasatan kes pembunuhan Jong-nam). Ini satu perkara yang pelik, kerana apa? Banyak dah perkara berlaku dulu.

“Bagaimana Altantuya Shaariibuu boleh keluar masuk tanpa rekod? Bagaimana orang dijatuhkan hukuman gantung boleh lari duduk di Australia? Bagaimana pengarah Ambank terbunuh sampai sekarang tiada masuk mahkamah lagi?” dakwa Mohamad ketika berceramah di Seksyen 18 di sini malam tadi.